Monday, February 28, 2011

mesti tahu ye ! kalau tak tahu. aku sepak sorang sorang

okay aku tengah bosan. aku pon terpikirlah nak wat entry baru kat blog ni . HAHAHAHA.. bukannya aku boleh keluar pon malam malam gini.
apa nak tulis ? (pikir japppp) HA !!
nak bagitahu benda yang aku suka dengan yang aku tak suka yee.. okay ? okay kan aje laaaaa.. hissshhh
okay 5 benda yang aku suka

1. suka berfikir walaupun benda tak penting. contohnye macam, haihhh nak pakai baju apa pergi sekolah esok ehh.. HAHA (sedangkan boleh pakai baju sekolah je )
2. suka lelaki romantik sebenarnye. HAHAHAHAHA dah ! jangan gelak. !
3. suka minum coke. (menambahkan kafein) HAHAHAHA
4. suka pergi shopping. siapa tak suka kannn.. ( tu pon kalau banyak duit lahh )
5. suka borak dalam fon lama lama . yang penting bukan aku lah yang call. HAHHA

kalau dah tau tu, sila sila lah buat apa yang patut yeee. HAHAHAHA :-p

yang tak suka pulak okay.
1. jangan ganggu time aku tengah tidur ! nanti kena sepakk.. dussshh !
2. jangan nak buat lawak bodoh time aku tengah marah. HAHAHA
3. tak sukalah tunggu lama lama. siapa suka ? manusia ke kalau suka tu ? HAHAHA
4. tak suka lah kena marah ni...... haha (anak manja)
5. tak suka bergaduh dengan kawan.... so, jangan cari gaduh okay, aku akan cuba jaga hubungan aku dengan kawan kawan aku... HAHAHA

haha oleh itu , kalau siapa siapa yang dah tahu, dia wat lagi ape yang aku tak suka ni.. jangan harap nak tengok muka aku senyum lagi dah. HAHAHAH



Monday, February 21, 2011

saya kerja bukak EC mall

pukul 10 dah terjegat kat ecm.. tu lah kerja aku dengan si budak namanya ernie.
lama kott tak jumpa dia.... almost 4 years.. dah lebih kott.
but, honestly, memang rindu gila.

mula2 cari breakfast. lapar wehh tak makan. pergilah beli burger and air...
pastu jalan2 pusing2.. lama tau.. pergi beli big apple pulakk.. HAHA
pastu pergi beli sushi pulak. banyak makan. HAHA

ernie sempat hadiahkan aku something special gila. i love it..trharu sangat
ernie, sorrylah sebab aku tak dapat nak bagi kau apa2.. but. i'm sure.. next time aku akan kasi special kat kau. HAHA

pertemuan tu takde lah lama sangat. tapi sangat lah bermakna. :)
sangat cute.. thanks dear :)


Thursday, February 17, 2011

apa nak kata ?

semalam was rabu.
ada apa? ada pasar malam kat cenderawasih. HAHA
taklah. bukan tu aku nak kata, semalam aku ada test dengan JPJ.
mak aiihh.. lamo den menunggu.
number pon dah dekat2 hujung. so, sempat jalan2 dululah. tengok orang, pergi minum. cuma takde selera nak makan je . yelah ketakutan kan. jadi, hasrat nak makan pon terbantut plus Im on diet..
lama jugaklah aku tunggu untuk test jalan raya, pukul 2 baru turn aku. penat lah.
alhamdulillah, aku lulus. and I got my P. :)
hot stuff ? erm.. biasa lah memang banyak. but I'm not so into it. malas nak cara.. lantaklah dia hot stuf pon. HAHA kalau ada pon aku just tengok, puji and eh2 dah lupa lah pasal dia. sekejap je aku ingat pon. :))
 debaran test dengan JPJ dah pon lepas. sekarang debaran dengan result SPM. bila tarikh result SPM keluar ni? ahh semua orang berteka-teki sama macam aku.
kalau nak diikutkan memang malas nak tahu. HAHHHHH! tak nak cakap pasal result. risau !!
aduhai.. dah jadi takde mood nak menulis entry ni. bye2.


Monday, February 14, 2011

blog sudah update

dah lama tak update blog..
ok.. dah update pon..
macam ni pon ok lah kan :))
HAHAHA
nak minum lemonade lah
(tetibe je wehh ! )
tengoklah





Thursday, February 10, 2011

MY PINK RAY BAN

Magical glasses!
Bring a joy in my life
Like a dream comes true
I remember the date
Hey it is 20 May

I called it cool Thursday
I smile at you
And you smile back at me
You say hi…
Unannounced I am blown
In the fantasy

Please, don’t get me up
And you continue…
You said nice ray ban
Then I gave you the ray ban
You wore it…
Come and take a picture…
I said…
Good idea…

But guess what?
It doesn’t last forever…
Please shut up
Don’t want to remember it
The date or anything

I called it suck Thursday
Now I don’t want to look at you
Your smile is the greatest pain
Now I say bye!
The reality makes me
Feeling down…down

Anyone! Please wake me up
I am drowning in the sea
Full of confusion
Now, you give me back my ray ban
I’ve thrown it away
Together with the pictures
I said…
So relief…

created by auni....
sedang bosan...

sebenarnya dah lama tulis.. 25 july 2010 lagi. :))
ohh ya ! ray ban pink aku dah hilang :'(
sedih tau :(

ok, credit to MAMAT sebab tolong pakaikann. HAHA

Wednesday, February 9, 2011

konspirasi si tua bergelar pengetua

apa tu konspirasi ?
HAHA kontrovesi tajuk ni tahuu..
aku selalu jugaklah tgk cerita2 org korporat ni,,
cerita melayu memang banyak konspirasi pon kann..
HAHAHA aku ingat tak terjadi kat dunia nyata..
yelah... dunia filem segalanya boleh berlaku...
HERO yang kena belasah teruk2 pon boleh hidup lagi..

okay sekarang bukan nak cakap pasal tu..
eh2 kenapa pengetua..
kalau pengetua aku tahu habis aku !
haha tak kesah sebab aku banyak pengetua..
dan sekarang aku dah tak sekolah pon.
jadi siapa nak marah..
aku sebenarnya malas nak cerita kisahnya kat sini..
yelah faktanya aku takde 100%
jadi,, ape yang aku nak bgtau ialah..
dalam dunia ni ramai orang yang kita tak jangka personaliti dia macam mana kan..
lembut luaran dalaman tak tahu..
sebab dia pakai baju.
ohh tidak. bukan dalaman yang itu..
dalaman yang dikatakan peribadinya..
orang2 putih kata " dont judge a book by its cover"
orang2 hitam kata apa?
orang2 hitam macam aku kata judge a book when you have read it. HAHA

kita kenal seseorang tu bukanlah disebabkan apa yang orang kata tentangnya..
A: ehh si pengetua tu baiklah. berdedikasi..
(jangan pernah kata yang kita kenal si pengetua atau seseorang tentang apa yang diperkatakan oleh orang lain)

jadi macam mana kita nak kenal si pengetua ?
eh2 silap. macam mana kita nak kenal seseorang tu ?

senang je. kita kenal si pengetua eh2 sesorang tu melalui apa yang dia kata mengenai orang lain..
dari situ kita boleh tahu peribadi dia..
tak faham??
alaa maksudnya kita boleh lah tahu dia ni baik ke tidak..suka cakap buruk pasal org lain ke tidak ke..
faham??
so kesimpulannya
kita kenal si pengetua eh silap lagi... kita kenal seseorang tu bukan melalui apa yang org cakap mengenainya tetapi apa yang dia katakan mengenai org lain..

apa2 pon.. aku berkata2 untuk kebaikan.. bukanlah satu kutukan
hanya kritikan.. untuk menyedarkan si tua menjadi matang..
matang dalam membuat suatu keputusan..
janganlah nanti sudah terhantuk baru tergadah kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..
berubahlah sebelum nasi menjadi bubur..

bagai aur dengan tebing
ohh tolong lah takde kaitan okay ! HAHA
mana satu ?manusia bermuka dua ! ohh




Monday, February 7, 2011

kerajaan diriku sedang bergolak


Jiwa remaja sering bergolak…
Oh kerajaan mana yang boleh damaikan pergolakan ni ?
Haha tak mungkin ada..
Yang sepatutnya kerajaan diri sendiri lah yang boleh damaikan..
Tapi aku tak rasa semua remaja macam ni..
Ada yang begitu tenang menghadapi hari-hari mereka.
Wah dengan politik kerajaan diri yang terlalu sistematik..
Sistematik dari segi kewangan, cinta, dan kebebasan,
(haih.. kenapa aku letak kewangan yang pertama? Haha auni….auni…..)
Semua tu aku punya…. Tapi yang membezakan aku dengan mereka (kawan-kawan seumur aku iaitu 18) ialah semua milikku terhad…

Kewangan? Aku ada…. Cuma terhad…
cinta ? aku ada… dan terhad…
kebebasan? Oh.. sangat terhad…

sekarang ni aku sangat sedih.. kecewa.. terkilan..
oh betul ! semua tu aku rasa selain gementar dan kecut perut menunggu keputusan SPM aku..
kenapa sedih , kecewa , terkilan ?
sebab aku dah 18 dan tak punya kebebasan yang kwn2 aku miliki…
(segan untuk bagitahu sebenarnya)

Kebebasan aku terletak di tangan ibu bapa aku…
Tapi,, kalau diorang dah tak bagi,, aku nak kata apa kan….
Tak layak nak membantah…. Ape yang aku boleh lakukan ialah..turuti saje…hmmm aku harap suatu hari nanti mak bapak aku boleh beri kebebasan kpd aku…….
*sangat mengharap  =.= 
sentimental tengok gambar ni sebenarnye. HAHA