Saturday, December 25, 2010

azam(bukan name sebenar)! haha

azam?
korang ingat name orang ke hape??
haha bukan lah...
ini azam special punye...
haha mungkin masih awal untuk berbicara mengenai azam..
yalah! belum masuk tahun baru lagi..
oh ya! tak lama lagi kita akan masuk tahun 2011..
tahun 2010 pula akan melabuhkan tirainya...
ah,banyak betul kenangan yang best tahun 2010.
aku harap tahun 2011 ni lagi banyak perkara yang best berlaku..
(manelah tau aku leh tukar status single aku ni) haha!

2011 usia aku meningkat setahun lagi..
berapa? 18 tahunlah!
dah boleh tengok cerita 18SG 18SX dan sebagainya!Haha!
haha sebenarnya aku ada misi!
18 things to do before 18 years old....(kira macam azam aku juga lah)
haha... birthday aku mengikut kalender masihi ialah pada 20 may..
jadi pada tanggal 20 may ni aku dah lapan belas tahun lah.
so aku nak senaraikan apa yang erlu aku buat!
TO DO LIST:
1.nak dapat 10A
2.nak ada lesen P at least.
3.nak pergi jumpa kawan2 sekolah rendah
4.nak jumpa kawan2 sekolah menengah first aku
5.nak jumpa kawan2 sekolah menengah second aku
6.nak jumpa kawan2 sekolah menengah ketiga aku
7.nak kurangkan berat badan sebanyak 10-15 kilogram..
8.nak ada kawan sebanyak 1000 orang kat facebook tapi yang aku kenal je
9.nak beli handphone baru
10.nak belajar main gitar
11.nak beli teddy baru
12.nak buat kek banyak2.
13.nak cerahkan kulit yang gelap ni sikit
14.nak kumpul beg dan kasut banyak2.
15.nak belajar masak
16.nak tulis lagu banyak2
17.nak pergi vacation dengan family
18.pada tanggal 19 mei aku nak boyfriend satu! haha!

hadoyy,penat aku berusaha listkan 18 perkara yang aku nak..hehe
ape2 pon aku akan berusaha buat yang mana termampu.
ni semua sebelum 18 tahun ye! haha

Thursday, December 23, 2010

menipu dan ditipu

apabila menipu kita akan tahu yang kita ni ditipu?

betul ke?
betul lah agaknya. tapi bagi aku memang betul sangat. bukan apa..
kita akan tahu macam mana orang tu tipu sebab kita buat ape yang penipu tu buat. sebab kite pernah menipu.

kiranya macam syak wasangka kita tu 99% betullah.
aku dah pernah buat dan ia menjadi. kahkah.
tapi kalau hidup takde syak lagi best. sebab tak yah nak pkir bukan-bukan.
tapi kalau takde syak senangnye nak diperbodohkan.
alamak yang mane betul ni? haha
terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menentukan.

tapi apa-apa pun menipu tak baik.
"menipu sunat" (ada ke) ah same je tak baiknye.

Wednesday, December 22, 2010

bermula!


Salam pembuka bicara ku kini.

Sang penglipurlara sedia berkongsi cerita. 

Pabila diri ku terase ingin menulis. Aku takkan tangguhkan lagi haratku itu. Takut-takut idea ku pulang. Oh I mean punah+ hilang. Setahu aku , jarang sekali kalau nak menulis aku membuat draf atau apa-apa rangka sebelum mencoret.(kecuali apabila disuruh oleh cikgu ketika membuat karangan). Sekarang aku sudah bebas dari jajahan itu. Haha! Kadang-kadang merinduinya. Yalah,semua ni tak bermula kalau aku tak belajar. Lumrah manusia.

Semua kisah yang aku coretkan berdasarkan pengalaman hidup. Bukan sahaja hidup aku bahkan orang lain juga

Terima kasih kepada semua kerana telah membenarkan aku mengenali anda !